Friday, May 22

Rakyat tidak selera undi BN: Nik Aziz


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pemimpin Barisan Nasional (BN) boleh memberikan pelbagai dalih untuk tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada hujung bulan ini.

Namun hakikatnya, kata Mursyidul Am Pas itu, keputusan yang dibuat membuktikan parti itu tidak lagi menjadi pilihan rakyat.

“BN memberikan bermacam-macam dalih. Masyarakat sudah tidak berselera untuk memilih atau mengundi BN sekarang.

“Selera masyarakat sudah hilang untuk pilih BN. Tidak kira apa bangsa sekalipun Cina, India dan Melayu sendiri pun sudah banyak beralih pada parti lain,” kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan BN yang tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil DUN Penanti selepas penyandang kerusi itu, Mohamad Fairus Khairuddin yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang melepaskan jawatannya bulan lalu.

Minggu lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan BN tidak akan meletakkan calon bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Penanti.

Sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan calon mereka iaitu Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, manakala bekas ketua wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah bertanding sebagai calon Bebas.

Sunday, May 17

BERSEDIA UNTUK KE PERAK !!!!


TEMERLOH, 17 Mei (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengarahkan Petugas PAS di negeri ini bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil Dun Perak yang berkemungkinan berlaku pada bila-bila masa dari sekarang.

Arahan diberikan Tuan Ibrahim dalam program penerangan PAS Temerloh, di Markas PAS Cempaka, dekat sini, baru-baru ini.
Tuan Ibrahim amat bimbang dengan situasi yang berlaku di Perak yang memerlukan semua pihak dalam parti bersiap sedia untuk diarahkan pada bila-bila masa.
"Petugas PAS perlu bersedia untuk diarahkan pada bila-bila masa. Pilihanraya kecil Dun Perak kali ini jika ada adalah pilihan raya kecil berbeza dari sebelumnya kerana ia dijangka melibatkan pembubaran DUN Perak.
"Keperluan persiapan petugas lebih besar dari sebelumnya. Saya harapkan setiap ahli melakukan pengorbanan yang termampu. Bila masa untuk kita diminta bertugas kita segera berangkat,"katanya

MAJORITI RAKYAT MAHU DUN PERAK BUBAR


Media UMNO/BN Kata Najib Perlu Bubarkan DUN dan Pilihanraya Perlu Diadakan Di Perak!!

Dua hari lepas, DS Najib PM Satu Malaysia telah menobatkan dirinya sebagai PM Rakyat. Antara lain beliau mendefinisikan PM Rakyat sebagai PM yang dapat merasai denyut nadi rakyat dan mendengar suara rakyat. Dengan kata-kata lain, Najib berjanji untuk melaksanakan apa kehendak rakyat.

Antara topik popular yang dibincangkan rakyat kini tidak kira di kedai kopi, di warung teh tarik, di kopitiam, di ruang menunggu pesakit hospital, di rumah kenduri, di surau dan masjid malah ketika menziarahi mayat ialah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Rata-rata berkata: bubarkan DUN, kembalikan hak kepada rakyat memilih kerajaan yang sah.

Tapi tentu Najib PM Satu Malaysia dan barisan kabinetnya kata itu cakap tepi jalan, mana boleh pakai. O.k, kalau begitu, kita lihat pula cakap tidak tepi jalan, cakap dalam rumah, cakap yang sedikit boleh dipertanggung jawabkan. Kita lihat pula undian di dalam media kita mengenai isu yang sama. Tapi jangan ambil undian dari media alternatif, dari blog pro-PR. Kalau ambil dari situ, pasti keputusannya sudah boleh dibaca, sudah boleh diramal.

Jadi kita ambil undian dalam media pro-BN. Dan lihatlah keputusannya di sini:

Keputusan Undian SMS Dalam NTV7 (Edisi Bahasa Inggeris) Jam 8.00 Malam 14.5.2009

Pilihanraya baru diadakan di Perak bagi menyelesaikan kekalutan politik Perak

Ya: 99%
Tidak: 1%

Keputusan undian Berita Harian Online pada hari ini (16.5.2009)



Wajarkah Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubar bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan?

Ya 87.7%
Tidak 10.6%
Berkecuali 1.7%

Keputusan undian MStar Online pada hari ini (16.5.2009)


Siapakah yang layak menjadi Menteri Besar Perak?

Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir 34.2%

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin 65.8%

Najib sudah mengisytiharkan dia adalah PM Rakyat yang akan merasai denyut nadi rakyat dan mendengar suara hati rakyat. Dan tinjauan pendapat di atas adalah salah satu dari suara hati rakyat. Suara hati rakyat yang meminta DUN Perak dibubarkan. Suara hati rakyat yang lebih meyakini Nizar dari Zambry sebagai Menteri Besar.

Apa lagi yang Najib tunggu? Buktikan anda adalah PM Rakyat sebagaimana yang anda sendiri mengisytiharkannya!! Nasihatkan Sultan Perak untuk bubarkan DUN!!!! - pendikargunungkriang/Greenboc

BUBAR DUN, BUKAN BINCANG DENGAN BN - TOK GURU NIK AZIZ



KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mahu sebarang perbincangan diadakan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak. Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata beliau tidak yakin kaedah perbincangan antara keduadua pihak yang bertentangan itu dapat menyelesaikan krisis berkenaan. "Jalan paling baik ialah bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Persekitaran Bestari Negeri Kelantan di sini, hari ini. Beliau diminta mengulas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden BN, untuk bertemu dengan pemimpin pembangkang dalam usaha menamatkan kemelut politik Perak. Pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang dilaporkan mahu beliau menetapkan tarikh pertemuan itu tetapi mereka berpendirian bahawa jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis politik itu ialah dengan membubarkan DUN Perak agar pilihan raya negeri dapat diadakan. BERNAMA

DUN PERAK BUBAR ISNIN?



Satu pengumuman besar dijangka dibuat pihak istana Perak Isnin depan yang mungkin mampu memecahkan kebuntuan politik yang melanda negeri itu dan seterusnya mengakhiri kemelut politik yang berpanjangan sejak tiga bulan lalu. Menurut sumber pengumuman itu ada kena mengena dengan desakan rakyat Perak yang mahukan mandat mereka dikembalikan untuk memilih kerajaan pilihan mereka semula setelah Barisan Nasional mendalangi rampasan kuasa terhadap kerajaan sah Pakatan Rakyat 5 Februari lalu. “Kemungkinan pihak istana mengumumkan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak adalah besar memandangkan situasi kemelut politki di anatara Pakatan Rakyat dan BN nampaknya tidak ada jalan keluar. “Desakan rakyat supaya DUN dibubarkan dan pilihan raya negeri diadakan mungkin sudah dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pihak istana dan demi kebaikan, kemakmuran dan kestabilan negeri Perak langkah ini sajalah yang terbaik bagi mengatasi krisis tersebut,” sumber memberitahu TV Antara. Sekiranya ini berlaku Perak akan menyaksikan pilihan raya negeri pertama setelah pilihan raya umum tahun lalu. Pada PRU ke 12, Pakatan Rakyat memenangi 31 kerusi sementara BN pula mendapat 28 kerusi. Perbuatan BN memujuk 3 Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat keluar daripada gagasan itu dan mengisytiharkan diri mereka sebagai ADUN bebas telah mencetuskan krisis politik yang paling buruk dalam sejarah moden Perak yang turut mengheret institusi raja, badan-badan kehakiman dan legislatif. Beberapa perkembangan yang berlaku kebelakangani ini juga mungkin mempengaruhi pihak istana untuk memperkenankan pembubaran DUN. Antara yang paling penting ialah senario persefahaman yang telah wujud di antara Pakatan Rakyat dan BN berkaitan jalan penyelesaian krisis politik Perak. Beliau juga berkata isu sama ada DUN Perak akan dibubarkan atau tidak kini terletak ditangan Sultan. Walaupun Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini berkeras tidak mahu mengadakan pilihan raya baru negeri melalui pembubaran DUN namun kini beliau dilihat sudah berlembut dan mahu berdialog dengan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat pula atas dasar mahu melihat penyelesaian kemelut politik tersebut diatasi secara aman bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan BN tetapi prinsip pembubaran DUN tetap dipertahankan. Ini kerana menurut Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim hak rakyat perlu dikembalikan semula jika amalan demokrasi sihat mahu diwujudkan di negera ini serta menolak budaya kedurjanaan politik. Walaupun menurut perlembagaan pembubaran DUN adalah di atas nasihat Menteri Besar namum pensyarah undang-undang Universiti Islam Antaranbangsa Malaysia, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata Sultan mempunyai kuasa khas yang jarang digunakan yang membolehkan baginda membubarkan DUN selaku kedudukan sebagai Sultan. “Dalam keadaan di mana sesuatu keadaan itu tidak lagi boleh diselesaikan melalui kompromi politik dan juga proses perundangan baginda Sultan boleh menggunakan “reserve power” baginda untuk membubarkan Dewan tanpa merujuk kepada Menteri Besar apatah lagi dalam keadaan di Perak sekarang yang mempunyai dua penyandang jawatan,” Prof Aziz berkata. http://www.tvantara.com

Saturday, May 16

MENGAPA MAHKAMAH PINDA TARIKH ?

Rakyat mempersoalkan mengapa Mahkamah Rayuan yang sepatutnya bersidang pada 18hb ini dipinda pula ke 21hb. ?. Rakyat menjadi keliru dengan pindaan tarikh ini. Perbicaraannya sama pula dengan perbicaraan rayuan Zambry.

Dengan pindaan ini, rakyat semakin pra sangka berlaku ketidakadilan dan penganiyaan terhadap Hj Nizar. Selang dua tiga hari sementara menunggu perbicaraan, Zambry masih berkuasa dan dengan kuasa haramnya itu, beliau boleh melakukan apa sahaja termasuk mengadakan sidang haram bagi mengusulkan undi tidak percaya kepada Dato' Seri Hj Nizar sebagaimana yang disaran oleh Dr. Mahathir dan beberapa pemimpin UMNO yang lain.

Sebab itulah usaha dibuat bagi membolehkan sidang diadakan secepat mungkin. Bagi membolehkan sidang haram itu diadakan tarikh perbicaraan rayuan Hj Nizar dipinda ke 21hb.

Sementara itu, saman Sivakumar terhadap Ganesan masih belum ditentukan tarikh perbicaraannya. Semua proses ini dilambatkan bertujuan Zambry terus berkuasa dengan cara yang haram, dan mereka bebas melakukan apa sahaja mengikut kemahuan mereka.

Ini semua mengundang ketidakyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman di negara ini. Rakyat sebenarnya sudah lama mempertikaikan institusi kehakiman sejak lama dahulu, lebih-lebih lagi selepas isu peguam Linggam yang gempar suatu ketika dulu. Apabila unsur ini berlaku pula kepada kes Hj Nizar, rakyat semakin tidak percaya kepada mahkamah di Malaysia. Kita bimbang rakyat akan bertindak di luar batasan undang-undang setelah ketidak percayaan kepada mahkamah sampai kemuncaknya. Adakah ini yang pemimpin BN mahu ?

Mahkamah dengar rayuan Zambry, Nizar Khamis depan



Mahkamah Rayuan akan mendengar Rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada Khamis ini.

Mahkamah itu juga akan mendengar permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi pada hari yang sama.

Sebelum ini mahkamah menetapkan untuk mendengar rayuan Nizar pada Isnin depan.

Peguam Nizar, Amer Hamzah berkata beliau berharap mahkamah akan mendengar rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dahulu supaya mengekalkan pelaksaan keputusan yang memutuskan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah.
Isu perundangan melibatkan Nizar dan Zambry telah bermula sejak February lalu apabila Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Nizar. Pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Sehinggalah pada Isnin lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah.

Bagaimanapun Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali membenarkan Datuk Seri Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak dengan membenarkan permohonan Zambry bagi menangguhkan keputusan itu sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

Friday, May 15

Kes pertama flu A(H1N1) di Malaysia


Seorang pelajar 21 tahun mangsa pertama disahkan positif dijangkiti wabak influenza A(H1N1) atau selesema babi - kes pertama di Malaysia, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini. "Kementerian ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan positif influenza A(H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan hari ini," kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican. "Ia merupakan kes yang pertama influenza A(H1N1) dikesan di Malaysia." Pelajar itu, yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama. "Beliau telah diberi rawatan antivirus dan berada dalam keadaan stabil," kata Dr Mohd Ismail dalam satu kenyataan di laman web rasmi kementerian berkenaan. Kementerian telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan termasuk penyiasatan perhubungan mangsa dengan orang lain, termasuk ahli keluarganya dan penumpang serta anak kapal penerbangan MH 091 dari Newark, USA yang tiba di lapangan terbang KLIA pada 7.15 pagi kelmarin. Menurut kenyataan itu lagi, kementerian meminta semua klinik dan hospital swasta agar sentiasa merujuk segera kes-kes mereka yang baru kembali dari negara yang dilanda wabak tersebut dan mengalami gejala-gejala seperti demam dan salah satu daripada gejala berikut - batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak - ke hospital-hospital rujukan yang telah ditetapkan. Sehingga jam 12 tengah malam tadi, selain kes di atas, Pusat Tindakan dan Persiapan Krisis (CPRC) kementerian menerima 11 lagi notifikasi kes - enam kes dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Sungai Buloh, dua di hospital Seremban dan masing-masing satu kes di hospital Ipoh, Hospital Pulau Pinang dan hospital Kota Bharu bagi tujuan siasatan dan pemerhatian. Sehingga 8 pagi tadi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan satu lagi negara baru terjejas dengan influenza A (H1N1) iaitu Belgium yang melibatkan satu kes menjadikan jumlah keseluruhan negara terlibat menjadi 34 buah. Kes terkumpul di serata dunia sebanyak 7,457 kes disahkan oleh ujian makmal dengan peningkatan sebanyak 1,378 kes berbanding dengan laporan pada hari sebelumnya, kata kementerian lagi. Peningkatan ini dilaporkan di enam buah negara iaitu di Amerika Syarikat (946 kes), Mexico (387), Kanada (31), Panama (10), Colombia (3) dan Belgium (1). Dua lagi kematian dilaporkan di Mexico, menjadikan keseluruhan kematian kepada 65 orang. WHO masih lagi mengekalkan tahap amaran influenza pandemik di Fasa 5 sejak 29 April dan tidak menyarankan sebarang tindakan sekatan perjalanan, perdagangan serta penutupan sempadan bagi perlindungan kesihatan antarabangsa. Kementerian Kesihatan memanggil satu sidang media khas berhubung perkara ini di Putrajaya jam 3 petang tadi. Dalam kenyataan yang sama, Dr Mohd Ismail berkata tiada risiko mendapat jangkitan influenza A(H1N1) jika daging atau produk babi disediakan dan dimasak secara betul. "Kementerian Kesihatan ingin menegaskan bahawa orang ramai tidak perlu bimbang dengan situasi influenza A(H1N1) di negara ini. "Kementerian dengan kerjasama semua agensi terlibat sentiasa meningkatkan pemantauan situasi influenza A(H1N1) dalam memastikan tindakan proaktif diambil bagi melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia," katanya

Siapakah hakim yang benarkan permohonan Zambry ?


KUALA LUMPUR, 15 Mei : - Hakim Dato' Ramly Mohd Ali yang membenarkan permohonan rayuan Dato' Zambry Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung status Menteri Besar Perak, pernah disebut dalam rakaman video Hakim VK Lingam yang mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu. Demikian pendedahan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham tentang Hakim Mahkamah Rayuan itu yang dilantik 15 April lalu iaitu 27 hari sebelum Zambry merayu kes itu di mahkamah. Mengikut perbualan itu kata Badrul, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim. "Mereka adalah Dato' Heliliah Mohd Yusof, Dato' Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002," katanya dalam blog peribadi beliau. Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini, katanya. Beliau membangkitkan persoalan betapa mudahnya Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambry sedangkan Nizar terpaksa menunggu lima hari untuk berhadapan dengan tiga panel hakim. "Kes sebesar ini seharusnya didengari oleh sebuah panel hakim yang tidak kurang dari tiga orang dan mestilah dari kalangan hakim yang tidak terpalit skandal dan mempunyai pengalaman yang lama. "Kes ini melibatkan pemerintahan sebuah negeri yang mempunyai 1.5 juta jiwa. Ianya adalah kes yang bersangkutan dengan kepentingan awam yang amat besar. "Malangnya, kes rayuan Zambry ini telah di dengari oleh hakim yang paling "junior" serta hakim yang sama terpalit dalam skandal VK Linggam," katanya. Harakahdaily

Wednesday, May 13

Kemelut T'ganu: ADUN BN diarah 'tutup mulut'


Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) telah memanggil semua ADUN BN Terengganu untuk menasihatkan mereka supaya berhenti mengeluarkan kenyataan media yang boleh mengeruhkan lagi kemelut politik negeri itu.

Pertemuan tersebut diadakan di Motel Desa, Kuala Terengganu lebih seminggu lalu selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) bersidang, yang menyaksikan 10 ADUN BN tidak menghadirinya.

Mereka bertindak demikian selepas tiga ADUN BN menerima SMS yang berunsur ugutan menjelang sidang DUN awal bulan lalu.

Bagaimanapun, mereka menghadiri hari terakhir sidang DUN tersebut atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seorang ADUN memberitahu Malaysiakini bahawa MPPR menjemput semua ADUN BN untuk menghadiri pertemuan tertutup berkenaan.

ADUN berkenaan yang tidak mahu namanya disebut berkata, Menteri Besar Datuk Ahmad Said tidak hadir kerana difahamkan tidak dijemput.

Manakala tiga daripada 10 exco kerajaan negeri menghadiri pertemuan tersebut berlangsung juga berlangsung selama kira-kira dua jam.

Beliau bagaimanapun tidak tahu mengapa tujuh lagi exco kerajaan negeri tidak menghadiri pertemuan tersebut.

'Hisham jumpa MPPR'

"Kami hanya mendengar nasihat dari dua wakil MPPR tanpa mengemukakan sebarang soalan kepada mereka.

"Kerana itu, kami tidak mahu membuat kenyataan lagi mengenai politik Terengganu kerana ia merupakan tempoh bertenang.," katanya ketika dihubungi semalam.

ADUN berkenaan juga memberitahu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, turut mengeluarkan arahan kepada mereka supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar.

Sebelum itu, difahamkan Pengerusi Umno Terengganu yang baru, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengadakan pertemuan dengan MPPR di tempat yang sama.

Menurut seorang pegawai yang rapat dengan Ahmad, pertemuan tersebut ada kaitan dengan prestasi Ahmad sebagai menteri besar.

Beliau berkata, Hishammuddin telah menyampaikan hasrat kumpulan ADUN BN yang tidak puas hati dengan Ahmad dan mereka mahu menteri besar itu digantikan.

Berikutan itu, difahamkan Ahmad telah menghadap yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga Sultan Terengganu sebaik sahaja baginda pulang dari luar negara.

Baginda dikatakan memberi jaminan Ahmad akan terus menjadi menteri besar Terengganu

Menteri Besar Haram dibenar jalankan tugas Menteri Besar Halal

Saya percaya ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Hakim Mahkamah Rayuan , Dato Ramly Ali menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi bermakna Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah ?

Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok rasanya saya berkongsi dengan pembaca tentang perintah-perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 hb Mei yang lalu. Mahkamah Tinggi ketika mana membenarkan permohonan Dato Seri Nizar Jamaluddin memerintahkan seperti berikut
a. Berkenaan tafsiran Fasal 16 ( 6 ) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahawa dalam keadaan di mana :

(i) Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(ii) tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(iii) tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan; dan

(iv) tidak terdapat perletakan jawatan mentri besar Negeri Perak Darul Ridzuan;
Mahkamah mengisytiharkan jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ( yang dipegang secara sah oleh Nizar ) tidak boleh dan/atau tidak dikosongkan.

b. Perintah “quo warranto” dikeluarkan kepada Zambry ( Responden ) memerintahkan beliau untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa atau authoriti mana beliau berhak kononnya memegang jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan kononnya bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.

c. Perintah deklarasi bahawa Zambry TIDAK BERHAK untuk dan/atau TIDAK MENJAWAT jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan BUKANNYA Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan pada bila-bila masa yang material.

d. Perintah injunksi untuk menghalang Zambry dan/atau agen-agen beliau dan/atau pengkhidmat-pengkhidmat beliau ( seperti Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ) dari bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.
Itulah perintah-perintah yang Mahkamah Tinggi keluarkan pada 11 hb Mei yang lalu yang sekaligus menunjukkan secara jelas dan terang bahawa Dato Nizar ( bukannya Zambry ) adalah Menteri Besar Negeri Perak yang sah.

Pada asalnya selain daripada perintah-perintah tersebut , Nizar juga memohon perintah gantirugi . Namun di atas kesedaran bahawa wang bukanlah matlamat tindakan Mahkamah ini, maka Nizar telah menarik balik tuntutan gantirugi . Jika tidak ditarik terdapat kemungkinan besar Mahkamah Tinggi juga akan menganugerahkan gantirugi kepada Nizar yang mungkin jika ditaksirkan akan mencecah jumlah yang agak tinggi.

Nizar juga tidak memohon agar Zambry perlu membayar kos kepada beliau meskipun menjadi satu prinsip undang-undang pihak yang kalah seperti Zambry perlu membayar kos kepada pihak yang menang ( iaitu Nizar ). Jika Nizar tidak menarik balik perintah kos tersebut saya boleh bayangkan ratusan ribu ringgit yang mungkin Zambry perlu membayar kepada Nizar. Sekali lagi matlamat kewangan bukan faktor yang mendorong Nizar mencabar Zambry di Mahkamah.

Sekarang saya akan menjawab persoalan yang timbul di awal artikel ini. Permohonan untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman ( stay of execution of judgment ) selalunya dipohon oleh pihak yang kalah dalam mana-mana prosiding Mahkamah. Permohonan tersebut selalunya dibuat bagi mengekalkan status quo iaitu supaya pihak yang menang tidak boleh menikmati perintah yang diberikan oleh Mahkamah.

Dalam kes ini sebenarnya peguam Zambry telah pada 11 hb Mei memohon secara lisan perintah penggantungan pelaksaanaan tersebut di Mahkamah Tinggi tetapi Mahkamah telah menolak permohonan Zambry tersebut.

Maka Zambry telah pada hari ini ( 12 Mei ) memohon perintah tersebut di Mahkamah Rayuan dan peguam Nizar telah membantah permohonan tersebut. Dari segi undang-undang prinsip yang terpakai bagi permohonan penggantungan pelaksanaan adalah pihak yang memohon tersebut perlu menunjukkan dan meyakinkan Mahkamah bahawa terdapat keadaan yang istimewa atau unik ( special circumstances ) yang menwajarkan perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi tidak boleh dinikmati oleh Nizar.

Dalam kes ini nampaknya Mahkamah Rayuan berpendapat wujudnya keadaan istimewa tersebut tetapi kita masih kabur apakah yang keadaan istimewa tersebut kerana saya difahamkan Mahkamah masih belum mengeluarkan alasan penghakiman ( dan mungkin tidak akan mengeluarkan alasan ).

Selalunya jika pun Mahkamah membenarkan perintah penggantungan pelaksanaan Mahkamah akan juga dalam masa yang sama mengenakan syarat-syarat tertentu. Peguam Nizar meminta Mahkamah mengenakan beberapa syarat kepada Zambry namun meskipun peguam Zambry iaitu Dato’ Cecil Abraham pada dasarnya bersetuju syarat dikenakan ke atas Zambry, Peguam Negara pula menentang syarat dikenakan ke atas Zambry.

Adalah jelas dan nyata sejak dari awal Peguam Negara iaitu Ghani Patail tidak pernah menunjukkan sikap neutral di dalam kes ini. Beliau sejak awal menunjukan sikap memihak kepada Zambry meskipun berselindung di sebalik topeng penjaga kepentingan awam. Sikap beliau dari awal menunjukkan beliau adalah penjaga kepentingan Umno.

Peguam Negara sejak awal bersungguh ingin mematikan kes Nizar. Beliaulah yang memohon merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan. Di Mahkamah Persekutuan beliau kalah dan kes Nizar masih hidup. Selepas itu beliau sekali lagi menentang bermati-matian agar Mahkamah tidak membenarkan Nizar meneruskan permohonan semakan kehakiman dengan alasan kononnya Nizar mencabar kuasa Sultan Perak. Sekali lagi , Mahkamah tolak hujah beliau dan kes Nizar diteruskan.

Semasa kes Nizar berjalan, beliau sekali lagi berhujah dan memohon Mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) Nizar. Sekali lagi Mahkamah Tinggi menolak bulat-bulat keseluruhan hujah beliau. Tiada satu pun hujah Peguam Negara yang diterima oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi.

Akhirnya saya ingin jelaskan di sini perintah penggantungan pelaksanaan BUKAN perintah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi . Keputusan Mahkamah Tinggi masih sah dan mengesahkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan Nazri adalah Menteri besar yang haram.

Oleh kerana menteri besar haram merayu mungkin Mahkamah rayuan berpendapat bagilah peluang menteri besar haram tersebut pegang jawatan tersebut sehingga rayuan beliau diputuskan sebab bukankah sejak dari awal beliau telah ketagih dan mabuk dengan kuasa sehingga sanggup membenarkan partinya merompak Kerajaan sah yang diterajui oleh Menteri Besar yang sah dan dipilih secara sah oleh rakyat Perak.
Hanipa Maydin

Hubungan baik Raja Nazrin dengan MB Nizar


Gambar ini dirakam semasa DS. Nizar hadir dalam Majlis Peanugerahan Pingat Sempena Keputeraan DYYM Sultan Perak di Istana Iskandariah pagi kelmarin. Hadirin agak terkejut semasa diumumkan kehadiran YAB. MB Perak tiba-tina DS. Nizar dan Isteri memasuk Balai Rong Seri. Gambar ini jelas menjawab tohmahan selama ini hubungan DS. Nizar dengan istana kononnya tidak baik.

Status MB: Peguam Nizar kaji rayu keputusan Mahkamah Rayuan


IPOH: Peguam Datuk Seri Ir. Hj Mohammad Nizar Jamaluddin mungkin mengemukakan rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Salah seorang peguamnya, Leong Cheok Keng berkata, pihaknya sedang mengkaji kemungkinan tersebut.

Ketika ditemui di sini pukul 3.30 petang pada sidang media bersama Nizar, Leong berkata, pihaknya akan meneliti kandungan keputusan Mahkamah Rayuan tengah hari tadi.

"Kami sedang meneliti kemungkinan itu, kemungkinan itu (peruntukan undang-undang)," kata beliau sambil menambah, aspek masa rayuan dikemukakan pihak defenden juga akan diteliti.

Nizar pula berkata, beliau menyerahkan kepada peguamnya untuk memberi nasihat mengenainya.

Kira-kira pukul 1.20 tengah hari kelmarin Mahkamah Rayuan di Putrajaya membenarkan permohonan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Serah kepada rakyat pilih kerajaan di Perak - Suhakam


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpendapat bahawa krisis politik di Perak mungkin tidak dapat diselesaikan melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia," kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Abu Talib Osman.

Hanya sebuah kerajaan yang stabil akan mampu memastikan hak untuk keamanan dan pembangunan, kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Artikel 21 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 memperuntukkan bahawa kesungguhan seseorang hendaklah menjadi asas kuasa kerajaan.

"Berdasarkan perkembangan yang berlaku berikutan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar, insiden pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 7 Mei dan keputusan Mahkamah yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah, adalah sangat sukar isu Perak akan ditangani melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat," kata beliau.

"Tindakan Mahkamah tidak semestinya menyelesaikan keadaan politik di Perak," kata Abu Talib

Tuesday, May 12

Nizar, exconya pula kosongkan pejabat

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan anggota exconya telah mengosongkan pejabat mereka petang ini.

Sebagai menghormati keputusan Mahkamah Rayuan, Nizar dan para exconya mengosongkan pejabat mereka di bangunan SUK di Ipoh pada kira-kira jam 2.30 petang - kira-kira tujuh jam selepas sekali lagi mengambil alih pentadbiran negeri itu semalam.

Sebelum ini, Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir meminta Nizar menghormati keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan permohonannya untuk menangguh keputusan mahkamah tinggi semalam yang mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.

Selepas mahkamah tinggi membuat keputusan itu semalam, Pakatan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri di bangunan SUK.

Bercakap kepada pemberita di Ipoh, Zambry berkata, beliau menghormati keputusan mahkamah dan mahu meneruskan tugasnya sebagai menteri besar.

Najib Tak Hormati Perlembagaan Malaysia

PM Umno terakhir Dato Sri Najib Razak merupakan PM yang tidak menghormati perlembagaan Malaysia apabila menjadi dalang rampasan kuasa di Perak Febuari lalu.Tanpa memperdulikan pelembagaan dengan rakusnya menamakan Zamry sebagai MB Perak yg ke 11.Keputusan Mahkamah Tinggi semalam dengan jelasnya menyatakan YAB Nizar adalah MB Perak yang sah dari segi perlembagaan.Walaupun menyatakan menerima keputusan semalam tetapi dengan nyatanya Najib menipu semua rakyat Malaysia dengan membuat rayuan di mahkamah rayuan hari ini.Dengan kuasa yang ada padanya proses mendengar rayuan terus dibuat hari ini.Keputusan rayuan Zamry diterima mahkamah rayuan untuk menangguhkan keputusan mahkamah tinggi semalam yang telah mengistiharkan YAB Nizar adalah MB yang sah.Ini lah sikap PM yang menyatakan Satu Malaysia Rakyat Didahulukan..

Zambry berjaya tangguh keputusan mahkamah

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Ceramah Perdana : Isu Perak di Selangor.

YAB DATO' SERI UTUS SURAT MOHON MENGADAP



YAB Dato' Seri Hj Nizar telahpun mengutus surat kepada Tuanku bagi memohon mengadap dalam masa terdekat. Tujuan mengadap adalah untuk menyembah maklum keputusan Mahkamah Tinggi semalam dan juga mohon perkenan supaya DUN dibubarkan.

Surat tersebut telah dihantar dengan tangan di Pejabat Istana Kinta, Ipoh oleh En. Amran Harun, Pegawai Khas MB. Dalam masa yang sama Dato' Seri akan menyembah maklum permohonan mengadapnya itu secara lisan di kesempatan bersama Raja Muda Perak di Istana Iskandariyyah Bk. Chandan.

SYUKUR ALHAMDULILAH


Syukur alhamdulilah kepada semua warga dan rakyat Perak khususnya dan Malaysia amnya yang telah sabar dan mendoakan untuk kemenangan dan keselamatan seluruh rakyat Perak. Selama 3 bulan kita dalam suasana krisis perlembagaan oleh kerana perbuatan rakus merampas hak rakyat negeri Perak pada 5 Feb. 2009 lalu. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah berkerjasama dan mendoakan kejayaan ini. Marilah kita bertenang, terus memuji kebesaran Allah SWT serta memohon keampunan dari Allah SWT. Semua rakyat harus bertenang dan Pakatan Rakyat akan meneruskan khidmat kami membantu rakyat serta membela rakyat yang memerlukan banyak perhatian dan pertolongan dari kerajaan. Sesungguhnya kami akan meneruskan dasar serta janji demi kebaikan rakyat dan melaksanakanya di atas prinsip keadilan dan kesaksamaan. Semua rakyat Perak beragama Islam mesti menunaikan solat sebagai tiang agama dan kembali kepada ajaran Nabi Muhammad SAW. InsyaAllah kita akan banyakkan lagi program kebaikan dan membenteras kemungkaran demi berhasrat menyelamatkan bangsa, negara dan agama oleh kerana gejala sosial seperti dadah, rokok, ragut, rempit, zina, mabuk, tak sembahyang, jahil dan lain-lain. Maka marilah semua kaum dan rakyat Perak kita ikut dan patuh kepada perlembagaan dan undang-undang tubuh serta mengikut Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara supaya dapat kita bangunkan balik tamaddun Islam yang telah lama tidak di beri perhatian wajar. Sebagai Ahli Parlimen P059 Bukit Gantang pula saya mengajak seluruh warga parlimen tersebut mengemukakan segala masaalah mereka melalui pusat khidmat masyarakat yang telah saya dirikan di DUN Chagkat Jering, Kuala Sepetang dan dua pejabat di Trong. Kepada semua kakitangan Kerajaan di semua peringkat, marilah kita laksanakan khidmat kepada rakyat dengan menganggap semua titik peluh kita sebagai amalan membantu rakyat agar mereka tidak menuntut hak mereka di hadapan Allah SWT di akhirat kelak. Marilah kita ambil kesempatan memberi sumbangan kepada rakyat yang cukup terhimpit akibat krisis ekonomi global kini. Kepada semua media, marilah kita bebaskan diri kita dari belenggu fitnah dan sindrom enggan melaporkan yang benar. Kepada semua bloggers dan media kerajaan, saya pohon keampunan atas kesilapan dan ketelanjuran saya. Saya turut memaafkan serta mengampunkan kesilapan kalian. Kepada semua pegawai dan penjawat awam, jangan lagi menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya buat kerja dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Kepada RTM FM Perak, berlaku adilah kepada saya dan Pakatan Rakyat untuk suara saya didengari oleh rakyat Perak kerana saya cuma mahu mengajak kaum saya bersolat dan berilmu. Saya bertemu dengan Menteri Penerangan ketika itu, Dato' Shabery Chik dan merayu berilah saya setengah jam seminggu untuk mengajak orang Melayu supaya patuh pada Allah dan jangan lalai. Hendaklah serius beragama. Maka berilah ini kepada saya. Namun tiada layanan darinya dan warga Perak FM di Ipoh. Tolonglah kami kerana kami difitnah dan danayai. Belalah Islam!. Kepada semua warga tani, peladang, penternak dan nelayan, saya sayang kepada kalian semua dan akan membantu melegakan kehidupan yang terik sekarang. Kepada semua ketua JKKK yang telah diberi surat watikah oleh saya sebagai MB tempoh hari, teruskan usaha baik tuan-tuan kerana dipilih oleh rakyat. Ini telah diperkenan oleh ke bawah duli yang teramat mulia Raja Muda semasa saya mengesyorkan usaha memilih ketua JKKK. Raja Muda cukup gemar dan berkenan dengan tindakan ini. Saya kembali dengan hasrat memberikan hak kepada rakyat Perak pilih kerajaan yang kuat dan wibawa. Saya akan cuba sedaya upaya memohon perkenan Kebawah DYMM untuk bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya seluruh negeri kita. HIDUP RAKYAT! ALLAHU AKBAR! Posted by Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

Nizar gantung tugas dua pegawai kanan termasuk SUK

IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim. Sehubungan dengan itu Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Jamalludin Al Amini Ahmad dilantik untuk memangku tugas Setiausaha Kerajaan Negeri berkuat kuasa serta merta.

Itu adalah beberapa keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Exco pimpinan beliau di ibu pejabat PAS negeri, tengah malam tadi.

Petang semalam, Mohammad Nizar turut menggantung tugas Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pada pagi esok, Mohammad Nizar berkata, beliau akan mempersembahkan permohonan untuk menghadap Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah.

"Bukan menghadap, kami hanya mengemukakan permohonann untuk menghadap," katanya pada sidang media yang diadakan kira-kira pukul 12.30 malam tadi.

Mohammad Nizar berkata, beliau dan kesemua Exconya akan memulakan tugas seperti biasa pada pukul 7.15 pagi ini.

Beliau juga berkata, mesyuarat tersebut memutuskan untuk meneruskan dasar-dasar yang diputuskan oleh kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) selama tiga bulan yang boleh membawa manfaat kepada rakyat.

Selain itu katanya, V Sivakumar masih merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sah.

Katanya, Datuk R Ganesan yang dilantik oleh BN sebagai Speaker DUN adalah tidah sah kerana masih belum mengangkat sumpah.

Sehubungan itu kata beliau, apa juga kemungkinan sidang DUN tergempar yang akan dibawa BN pada pagi ini adalah tidak sah.

"Untuk mengadakannya, mereka mesti memberi notis," katanya.

Petang tadi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah.

Dengan keputusan itu, persoalan mengenai siapakah Menteri Besar yang sah - antara Nizar dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang menyebabkan negeri itu dilanda krisis politik sejak Februari lalu akhirnya terjawab.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.

Nizar ke istana, harap dapat bubar DUN


Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin - yang mendapat semula jawatan menteri besar Perak - kembali bertugas hari ini di bangunan sekretariat dengan kawalan ketat polis.

Beliau hadir bersama barisan exconya dan juga Speaker DUN, V Sivakumar, yang digugurkan dalam persidangan paling kecoh, Khamis lalu.

Kawalan ketat itu (foto) dilaporkan atas arahan Setiausaha Kerajaan Perak, Datuk Abdul Rahman Hashim - yang diumumkan malam tadi telah digantung tugasnya oleh menteri besar tersebut.

Turut mengalami tindakan yang sama, penasihat undang-undang negeri Datuk Ahmad Kamal Shahid.

Surat penggantungan tugas kepada dua pegawai kanan itu diserahkan selepas jam 8 pagi tadi.

Sejurus kemudian Mohammad Nizar meninggalkan pejabat, menuju ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk satu majlis diraja.

Beliau juga berharap dapat menghadap Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah untuk membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya negeri diadakan.

Seorang pembantu menteri besar itu Amran Harun dilaporkan mengirim kepada istana jam 8.20 pagi ini, memaklumkan hasrat Mohammad Nizar menghadap Raja Nazrin

KuLi Sokong DUN Perak Dibubar


Pemimpin berpengalaman Umno menyokong tindakan menteri besar Pakatan Rakyat di Perak mengusulkan kepada istana agar membubarkan DUN bagi mengatasi kemelut politik sejak Februari.

Mengulas keputusan mahkamah memberi semula jawatan menteri besar kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Tengku Razaleigh Hamzah berkata pembubaran "satu-satunya cara" keluar daripada krisis tersebut.

"Kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan DUN. Ia bukan sahaja tindakan sewajarnya, tetapi satu-satunya cara keluar daripada krisis yang membelit Perak, merosakkan keluhuran undang-undang, mencalarkan badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam negeri, dan mencemarkan sistem beraja di mata umum," kata bekas naib presiden Umno itu di blognya.

Di awal krisis ini, Tengku Razaleigh telah mempertikaikan tindakan rampasan kuasa BN, termasuk menggugurkan jawatan Mohammad Nizar, dengan menyifatkannya di luar proses perlembagaan.

Beliau juga telah mencadangkan pilihanraya negeri diadakan atau rakyat akan semakin meluat pada Umno.

Dalam tulisan terbarunya, bekas pemimpin Parti Melayu Semangat 46 berkata kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Zambry Abd Kadir lebih kurang tiga bulan "selama ini haram dan semua keputusan serta kontrak yang dibuat olehnya tanpa asas perundangan."

Tindakan kerajaan BN di Perak juga tidak sah menghalang sidang tergempar DUN pada awal Mac dan usul yang dibawa Zambry untuk menggantikan Speaker, V Sivakumar pada persidangan paling kecoh, Khamis lepas.

"Sultan, dan sistem beraja itu sendiri, menanggung malu dengan babak (politik) ini, termasuk usaha terancang oleh sesetengah pihak untuk menyemarakkan lagi isu menjadi perkauman dan penderhakaan.

"Tindakan seumpama ini hanya merosakkan lagi institusi yang mereka dakwa cuba mempertahankannya, dan (susulan itu) ia mencemarkan Umno dan BN," katanya.

"Isu sebenarnya adalah perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, dan sistem beraja dilindungi selagi mendukung keunggulan perlembagaan dan hasrat rakyat."

YAB Nizar Masuk Pejabat MB Pagi ini



BERIKUT adalah perkembangan krisis politik Perak selepas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin disahkan sebagai Menteri Besar.

9.50 pagi: Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi KL semalam yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak sah.

9.07 pagi: Pasukan FRU mula meninggalkan kawasan pekarangan bangunan SUK. Sehingga kini separuh anggota telah meninggalkan kawasan bangunan SUK.

9.00 pagi: Barisan Exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat masih di pejabat masing-masing. Nizar pula berada di Istana Iskandariah.

8.30 pagi: Datuk Mohammad Seri Nizar mengemukakan surat minta perkenan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Surat dihantar dengan tangan oleh pembantu Nizar.

7.45 pagi: Nizar tinggalkan bangunan SUK menuju ke Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.

7.31 pagi: Nizar dan lapan Exconya masuk ke bangunan SUK. Wartawan tidak dibenarkan masuk.

7.28 pagi: Seorang pegawai pejabat SUK menghalang rombongan Nizar dengan meminta makluman pelaksanaan keputusan mahkamah semalam.

7.26 pagi: Pergerakan mereka ditahan oleh pasukan polis dan FRU yang menjelaskan kepada Nizar bahawa hanya Exco dibenar masuk ke bangunan SUK.

7.25 pagi: Nizar bersama lapan Exco dan beberapa ADUN Pakatan Rakyat melangkah ke arah bangunan SUK.

7.23 pagi: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiba di pekarangan Wisma DAP isterinya Datin Seri Fatimah Taat.

7 pagi: Tidak sampai 10 ADUN termasuk sebahagiannya berkumpulan di pekarangan Wisma DAP - kira-kira 50 meter dari bangunan SUK Perak

Monday, May 11

Najib Tipu Rakyat Lagi


1Malaysia Rakyat Didahulukan....Hanya ungkapan Najib untuk tarik sokongan rakyat.
Hari ini selepas keputusan mahkamah Tinggi mengumumkan YAB Dato Sri IR Nizar sebagai menteri perak Perak yang sah, Najib membuat kenyataan BN akan membuat rayuan secepat mungkin.Ini menunjukan Najib tidak dapat menerima keputusan mahkamah.Jika Najib seorang yang berani beliau patut terima keputusan mahkamah dan menerima cadangan YAB Dato Nizar untuk bubarkan DUN Perak bagi membolehkan rakyat membuat keputusan untuk memilih kerajaan yang baru

Penghakiman:Kemenangan YAB Nizar


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Nizar, lapor Bernama.

"Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?"

"Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini menteri besar boleh disingkirkan," Abdul Aziz dipetik berkata dalam penghakiman bertulis yang disampaikannya pada 2.30 petang.

Pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan bahawa beliau pada sepanjang masa adalah menteri besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Nizar, yang dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas, juga memohon pengisytiharan bahawa Zambry tidak berhak untuk memegang jawatan tersebut.

Abdul Aziz, dalam penghakimannya berkata seorang menteri besar tidak boleh dipecat oleh Sultan Perak atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan sultan.

Pemecatan menteri besar oleh Sultan Perak tidak disokong oleh Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, katanya.

Hakim berkata walaupun Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak melantik menteri besar, bagaimanapun seseorang menteri besar, sebaik dilantik, hanya bertanggungjawab kepada ADUN dan tidak kepada pihak-pihak lain, lapor agensi berita itu lagi.

Dalam penghakimannya juga, Abdul Aziz - hakim ketiga di Mahkamah Tinggi yang mendengar kes itu - tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, selaku pencelah, bahawa hanya dalam dua keadaan yang membolehkan menteri besar boleh memohon bagi pembubaran DUN.

"Peguam negara berhujah bahawa menteri besar hanya boleh memohon bagi pembubaran apabila tempoh penggal dewan telah hampir tamat, iaitu di bawah Perkara 36(2) dan satu lagi apabila beliau berhenti mendapat kuasa daripada majoriti.

"Saya tidak bersetuju dengan perkara ini. Mengikut Perkara 36 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, tiada keadaan yang terhad bagi menteri besar untuk memohon pembubaran daripada sultan, dan terserah kepada menteri besar untuk memilih masanya (untuk memohon bagi pembubaran)," kata Abdul Aziz seperti dilaporkan.

Hakim juga tidak bersetuju dengan hujahan peguam negara dan Zambry sebelum ini bahawa Nizar dianggap telah meletakkan jawatan sebagai menteri besar walaupun beliau (Nizar) enggan berbuat demikian.

"Peguam negara dan responden berhujah bahawa perkataan 'akan meletak jawatan' dalam Perkara 16(6) berupa mandatori bahawa menteri besar mesti meletak jawatan.

"Bagaimana jika menteri besar enggan meletakkan jawatan? Walaupun ia mandatori, peruntukan itu tidak boleh ditafsirkan sebagai bermaksud bahawa menteri besar dianggap telah meletakkan jawatan," Abdul Aziz dilaporkan berkata lagi

Beliau juga mencadangkan perkara itu dipinda bagi mengatasi kelemahan dalam Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Mengenai isu afidavit penasihat undang-undang Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, Abdul Aziz memutuskan beliau bukan saksi yang berkecuali dan adil.

"Ia merupakan pengakuannya sendiri bahawa beliau telah diarahkan oleh peguam responden untuk mengikrarkan afidavit itu. Perkataan yang digunakan amat keras.

"Bagi saya beliau bukan saksi yang berkecuali dan adil, keterangannya diwarnai dengan arahan yang diterimanya," kata Abdul Aziz yang memilih versi Nizar mengenai apa yang berlaku semasa menghadap Sultan Perak di Istana Kinta pada 4 Feb.

Hakim berkata beliau percaya dengan keterangan Nizar yang beliau tidak memohon perkenan Tuanku Sultan untuk membubarkan DUN kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti.

"Keadaan pada 4 Feb ialah Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan.

"Keterangan pemohon bahawa semasa menghadap Sultan Azlan Shah, beliau telah memohon perkenan bagi membubarkan dewan mengikut Perkara 36(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak adalah disebabkan wujud kebuntuan dalam dewan (apabila Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi), tetapi menafikan beliau telah kehilangan kepercayaan majoriti anggota dewan," katanya.

Krisis politik Perak bermula apabila dua ADUN PKR Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) meletakan jawatan masing-masing pada 30 Jan diikuti Hee Yit Foong (Jelapang) dari DAP, empat hari kemudian.

Berikutan itu, Nizar telah menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb untuk memohon bagi pembubaran DUN tetapi permohonan itu ditolak.

Menurut agensi berita itu lagi, Abdul Aziz mengulangi yang mahkamah tidak mempersoalkan keputusan Sultan Perak yang menolak permohonan itu kerana ia tidak berjustifikasi.

"Tidak diragui bahawa Duli Yang Maha Mulia mempunyai bidang kuasa mutlak untuk tidak memperkenankan permohonan bagi pembubaran," tegasnya.

Hakim itu turut mempersoalkan kenapa BN, selepas
mengisytiharkan yang ia mendapat kepercayaan majoriti, tidak memanggil Nizar ke persidangan khas dewan untuk membentangkan usul tidak percaya terhadap beliau, kerana adalah lebih demokrasi untuk berbuat demikian.

Selepas penyampaian penghakiman selama sejam itu, Datuk Cecil Abraham yang mewakili Dr Zambry, memohon penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan, tetapi ditolak oleh Abdul Aziz.

"Saya menolak permohonan lisan Datuk. Datuk boleh memfailkan permohonan rasmi bagi penangguhan, bersama-sama dengan kes dan autoriti, jika Datuk mahu meneruskannya," katanya.

Mahkamah sesak dengan lebih 50 wakil media dan anggota keluarga serta penyokong Nizar yang datang seawal 1.30 tengah hari.

Nizar diwakili peguam Sulaiman Abdullah dan 10 peguam lain manakala Dr Zambry, yang tidak hadir di mahkamah hari ini, diwakili Cecil dan Sunil Abraham.

Kenyataan akhbar terkini Nizar akan mengadap Sultan Azlan Shah

Nizar berkata, beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah yang diputuskan hari ini.

Katanya, semua keputusan yang dibuat oleh zambry akan dikaji semula dan bukannya tidak sah sehingga notis seterusnya kecuali sidang DUN pada 7 Mei lalu.

"Kita akan minta Datuk Zambry dan Exco lain untuk mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah.

"Mesyuarat Exco akan diadakan segera dan kita berpegang yang DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009,"katanya.

Gambar Perjuang Rakyat

Mahkamah : Arah Zambry kosongkan pejabat dengan segera.

Mahkamah memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

TERKINI : Pesan Musyidul Am PAS diatas kemenangan YAB Nizar

KOTA BHARU : YAB Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan beberapa kenyataan dan nasihat kepada seluruh rakyat Malaysia sebentar tadi sebagaimana di maklumkan melalui talipon oleh sdr. Mat Ali semasa dihubungi sebentar tadi. Beliau bersama Tok Guru semasa pengumuman kemenangan Nizar di umumkan.

Kata Tok Guru :

" Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembhyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini"

Selain itu dimaklumkan setelah Tuan Guru menerima berita itu beliau telah solat sunat dan disusuli dengan sujud syukur.

NIZAR MB PERAK YANG SAH



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.

Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.

Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.

Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar.

Dalam permohonan itu, wakil rakyat PAS itu mendakwa beliau masih menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:

(i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak;

(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan

(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.

"Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong.

"Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu.

Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang.

Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu.

Bubar DUN langkah terbaik menyelesaikan kemelut di Perak.

Dunia sedang memerhatikan beberapa proses yang berlaku untuk memastikan siapakah Menteri Besar Perak, malah terbaru ditambah pula dengan siapakah Speaker yang sah menurut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Persoalan-persoalan di atas telah melalui proses yang berlanjutan dari permulaan krisis pada 5 Februari 2009 sehinggalah terakhir pada Sidang DUN 7 Mei yang lepas serta keputusan di mahkamah pada hari ini.

Sesungguhnya apa pun yang akan diputuskan dalam kes tersebut dengan :

1.Persidangan DUN tidak akan menyelesaikan kes ini, malah saya menjangkakan lebih 1000 orang polis mungkin akan digunakan untuk mengawal dewan kalau sidang akan diadakan pada masa akan datang.

2. Proses mahkamah juga nampaknya akan berlanjutan dan tidak dapat menyelesaikan masalah dan kemelut ini, walaupun telah diputuskan oleh pihak mahkamah siapakah pemenangnya namun rakyat tidak akan berpuas hati dengan kemelut ini. Di pihak penyokong Pakatan Rakyat mereka akan terus merasa 'dendam" kerana kuasanya dirampas dalam satu kedeta yang disahkan oleh mahkamah. Bagi penyokong BN mereka pun tahu kerajaan yang mereka dapat adalah dengan cara "curi".

Jadi tidak ada lagi pilihan yang terbaik melainkan dengan mendapat perkenan DYMM Tuanku Sultan Perak bagi pembubaran DUN bagi memberi kepada laluan kepada satu pilihan raya di negeri Perak sekali lagi adakah di tiga DUN yang menjadi pertikaian ataupun melibatkan semua negeri perak iaitu sebanyak 59 DUN.

Bila kuasa dikembalikan kepada rakyat, siapakah pemenangnya akan ditabalkan kelak sebagai Kerajaan Perak yang mendapat pengesahan dari "mahkamah" yang tidak akan dipertikaikan lagi.

Keputusan siapa MB Perak hari ini.


Keputusan perbicaraan kes siapakah MB Perak yang sah akan diumumkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta pukul 2.30 petang ini.

Saya mengulangi pendirian, Mahkamah Malaysia dalam keadaan masih boleh dipercayai, namun janganlah kita terlalu mengharap.

Apapun keputusan pada hari ini yakinlah usaha untuk mendapatkan Perak yang kita menangngi dalam PR ke 12 tahun 2008 yang lepas akan diteruskan mengikut saluran undang-undang yang masih diperuntukkan

Thursday, May 7

Lintas langsung daripada Adun Titi Serong-Sidang DUN PERAK


Berikut adalah laporan secara langsung yang dibawa oleh Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Sila 'refresh' untuk laporan terkini.

4.10 petang: Setelah menghabiskan titah ucapan perasmian diraja, Raja Muda Nazrin bercakap dengan menggunakan pembesar suara dan katanya "beta hendak bersalam dengan semua ADUN".

Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN PR didahului oleh DS. Nizar. sesudah itu bersalam dengan ADUN PR yang lain dan diikuti oleh ADUN BN.

Raja Muda perak sesudah itu meninggalkan Majlis, dengan diiringi oleh DS. Nizar yang difahamkan Dato Ngeh dipanggil mengadap di Kamar Raja.

Dan sidang Dun ditangguhkan pada jam 4.05 petang tadi.

3.21 petang: Semasa Raja Muda Perak, Raja Nazrin masuk kedewan ahli-ahli yang Berhormat Pakatan Berdiri dan Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan paksa.

Lalau Raja Nazrin memanggil Dato' Ngeh dan DS. Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada Kedua mereka.

Apabila turun, DS. Nizar memohon kami untuk duduk dikerusi masing-masing untuk menghormati kehadiran Tuanku Raja Muda.

Sebelum Sidang bermula DS. Nizar merafak sembah meminta semua pasukan pengawal yangt beruniform dan tidak untuk keluar dari dewan. Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk keluar.

Sekarang ini Raja Nazrin sedang memberikan ucapan perasmian.

3.10 petang: Saya tidak dapat mengagak siapakah orangnya yang telah menceroboh masuk tanpa kebenaran bagi menjayakan usaha rampasan kuasa yang dilakukan BN pada hari ini, demikianlah malangnya sejarah yang dialami oleh rakyat Perak pada hari ini.

Ganesan apabila berada di kerusi Speaker sebentar tadi menggunakan kuasa haramnya untuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan.

Anehnya Bentara dewan yang tidak mengikut arahan Speaker Sivakumar sejak pagi tadi cuba menjalankan tugasnya mengarahkan kedua ADUN PR itu keluar.

Namun arahan itu tidak di patuhi oleh 2 ADUN berkenaan.

2.40 petang: BN berjaya rampas kerusi speaker dengan bantuan samseng dan pihak polis.

Sejarah baru dilakar lagi dengan tindakan pihak keselamatan menceroboh masuk dan membantu BN untuk merampas kerusi speaker.

Speaker Haram, Ganesan mengendalikan sidang dengan meja speaker di kawal ketat oleh pasukan yang berpakaian kemas yang tidak dikenali siapa mereka.


2.30 petang: Pergelutan di meja Speaker oleh BN yang menggunakan samseng yang tidak dikenali, dan ada yang berpakaian seragam polis. Inilah keadaan yang berlaku sekarang, suasana semakin kecoh. Speaker diseret dari kerusinya dan dibawa keluar dewan.

2.05 petang: Sidang yang ditangguhkan sejak sejam yang lepas akan dimulakan bila-bila masa. Jangkaan seterusnya amat sukar untuk dipastikan setakat ini.

Menurut maklumat yang saya terima Raja Muda Perak masih berada di kamar Diraja untuk menerima isyarat bagi merasmikan sidang pada hari ini.

Kekecohan mengenai status 3 katak dan 7 ADUN yang digantung mewarnai perjalanan DUN Perak pada hari ini.

1.00 petang: Speaker haram sekali lagi gagal untuk mengendalikan sidang dengan jawatannya yang disandangnya secara tidak sah apabila diganggu oleh semua ADUN PR dengan laungan "Ular" sehingga menenggelamkan suara Ganesan walaupun menggunakan pembesar suara yang cuma dibuka untuk kerusi ADUN yang dipinjamnya.

Inilah tindakan sabotaj yang tidak bertanggungjawab sedangkan Speaker yang sah sejak tadi pembesar suaranya tidak berfungsi.

Kerana gangguan itu menyebabkan beliau menangguhkan lagi sidang selama satu jam.

12.50 tgh: Speaker berulang kali arah speaker haram keluar dewan.

Ganesan di kerusi ADUN dengan jubah Speaker haramnya.

Speaker sivakumar disabotaj kerana sejak tadi pembesar suaranya ditutup oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu dia berulang kali menghalau keluar tanpa pembesar suara, supaya Ganesan keluar dari dewan.

12.35 tgh: Ganesan cuba jalan tugasnya tetapi dihalang ADUN PR.

Keadaan kecoh ini hampir mencetuskan pergaduhan

Hee dikerumuni oleh ADUN-Adun PR dengan pelbagai macam-macam kata dalam bahasa yang saya faham.

Speaker haram cuba menjalankan tugasnya sebentar tadi tetapi dihalang oleh ADUN Pakatan Rakyat.

Hampir belaku pergaduhan antara sorang ADUN BN dan ADUN PR dalam pertikaman lidah tadi dan dewan kembali kecoh dan tidak menentu. Speaker masih dikerusinya.

Speaker mengarahkan Ganesan keluar dewan dengan kuasa yang ada padanya.

12.20 tgh: Sah sekarang ada 2 MB di Perak dan sebentar tadi menyaksikan ada 2 Speaker dan ada dua sidang yang paling ajaib, satunya di bawah pokok dan satu di bawah syiling.

Kelihatan semasa ini Speaker yang masih sah, V. Sivakumar sedang berada di kerusinya dan tidak berganjak sedikitpun dari tempat duduknya sejak pagi tadi.

Jam 12.20 tadi baru beliau memaklumkan kepada dewan bahawa sidang tidak akan dimulai jika mereka yang digantung tidak keluar dari dewan.


11.45 pagi: Semua ADUN PR saya pohon kepada mereka semua jangan keluar jika tidak ada sesuatu yang penting perlu dilakukan. Sekiranya mereka yang ingin keluar walaupun untuk ke tandas mereka saya pohon keluar berdua.

Sementara itu Speaker yang masih sah, Sivakumar masih berada dikerusinya dan tidak berganjak. Kekuatan, ketegasan mereka nampak lebih kuat pada hari ini sehingga ada yang membuat cerita lucu : "silap jampi oleh bomoh, makin kuat bukan makin lemah ".

11.35 pagi: Speaker mempersoalkan sekali lagi dan mengulangi pendiriannya tidak akan memulai sidang sekiranya mereka yang digantung keluar dari dewan.

Semasa mengumumkan demikan dewan kembali kecoh dengan suara kedua belah pihak.

Sekarang keadaan kembali tegang dan sesekejap sunyi kembali.

Saya tidak menjangkakan bila keadaan ini akan berakhir ?

11.15 pagi: Speaker umumkan semua usul telah ditolaknya di dalam kamar bertarikh 7 Mei dan sementara itu Zambry mengusulkan sidang ditangguh sejam dan diterima oleh sidang haram iaitu selama sejam sebagaimana yang diumumkan oleh Speaker haramnya.

Dewan menjadi senyap setelah sidang haram berakhir beberapa minit yang lepas.

11.10 pagi: Ganesan sedang mengendalikan beberapa usul berikutnya dengan mengumumkan usul perlantikan Jawatan Kuasa Dewan yang baru sesuai dengan peraturan tetap dewan negeri.

Keadaan menarik ini saya umumkan sebagai sidang "Bawah Syiling". Sidang kebudak-budakan dan macam lakonan itu disaksikan oleh seluruh dunia dan mencemarkan demikrasi.

Lucu, aneh, tapi benar...

11.00 pagi: Keadaan tegang berlanjutan apabila Ganesan dilantik sebagai Speaker dan mengangkat sumpah di meja ADUN Jelapang (Timbalan Speaker)

ADUN Sungai Rapat pula meneruskan sidang haram dengan mencadangkan perlantikan JK Dewan.

ADUN Pakatan Rakyat melaungkan "haram" memecah kesunyian dewan dan menenggelamkan suara Speaker Haram.

Ganesan dalam keadaan tidak lancar kelihatan cuba menggunakan pembesar suara mengumumkan Jawatan PAC yang dicadangkan oleh Sungai Rapat.

10.55 pagi: ADUN BN sedang berkerumun adun Jelapang dalam dewan semacan sidang bawah pokok untuk cuba merampas kuasa speaker.

Keadaan menarik itu disaksikan oleh semua adun PR dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan tamu yang hadir.

Dalam sidang "haram" mereka telah melantik calon yang dicadangkan bekas adun Sungkai, Ganesan.

10.40 pagi: ADUN Jelapang yang digantung dan dihalau keluar oleh Speaker cuba merampas kuasa dengan cuba membuat pengumuman tetapi cuba digagalkan oleh kebanyakan adun Pakatan Rakjyat.

Cubaan terbaharu itu nampaknya gagap dan nampak sangat menyalahi peraturan sidang. Hee nampaknya cuba memberikan pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan.

Saya tidak pasti sampai bila keadaan kecoh ini akan berakhir.

10.30 pagi: Sidang masih tidak dapat dimulai, DYTM Raja Muda Perak masih dikamar Diraja menunggu suasana dewan yang kecoh tenang kembali.

Sementara itu Speaker berulangkali keputusan mengantung dilakukan oleh JK Hak dan Kebebsan, itu bukan keputusan saya. saya tidak boleh ingkar kepada keputusan yang dibuat oleh JK yang dilantik dalam dewan ini.

Cubaan berulang kali BN untuk mengusulkan perlantikan baru diterima dengan sorakan ADUn PR dan penolakan oleh Speaker disebabkan sidang belum dimulai dan pembawa dan penyokong usul adalah dari pihak yang telah digangtung oleh speaker.

10.20 pagi: Pangkor cuba mengemukakan usul memecat speaker dalam keadaan sidang belum bermula, dan suasana dalam dewan semakin kecoh.

keadaan kelam-kabut ini telah berlanjutan sejak adun masuk kedalan dewan setengah jam yang lepas.

Speaker masih mengarahkan adun yang digantung untuk keluar dari dewan sebelum sidang bermula

10.10 pagi: Keadaan tegang dalam Dewan, suasana sangat kecoh, semua ADUN bangun. Sebentar tadi ADUN BN cuba mengemukakan usul Pecat SPeaker namun diumumkan oleh Speaker, Usul itu ditolak.

Sebentar tadi, Abdullah Antong Setiausaha Dewan yang digantung, dikerumuni oleh ADUN PR.Speaker juga mohon SUK tidak mencampuri urusan Speaker dalam Dewan.

10 orang masih belum keluar, Speaker mengatakan berulang kali Sidang tidak dimulai selagi 10 orang terbabit tidak keluar.

10.00 pagi: Penasihat Undang-undang diarahkan keluar.Ketetapan Speaker semasa masuk ke Dewan sebelum dewan bersidang ialah:

1. Minta orang yang tidak dijemput keluar dewan. Saya ada senarai di sini.

2. Tempat duduk ikut sebelum ini.

3. Saya tidak mahu 7 digantung berada dalam dewan sebab mereka digantung oleh jawatankuasa hak dan kebebasan, bukannya saya. kalau tidak keluar saya tidak mahu mulakan mesyuarat.

4. 3 orang yang meletak jawatan juga diarah keluar.

5. Saya mahu kesemua yang tersebut termasuk penasihat Undang-undang keluar dewan.

6. Saya tidak masuk siapa-siapa bercakap sebelum mereka keluar dewan. Saya buat keputusan dengan jawtaankuasa yang dilantik oleh dewan ini.

Mereka yang dihalau speaker belum keluar dewan, YB Tajol Rosli didapati bangun untuk mencelah tetapi tidak diizinkan oleh Speaker.

Menurut perintah Tetap 11 adalah sah dan itu hak saya, Umum Speaker.

Speaker masih mengulangi arahan supaya keluar Dewan

9.55 pagi: Apabila ADUN Lompat Jelapang ke Dewan, kebanyakan ADUN DAP menyoraknya dengan panggilan KATAN dengan suara yang kuat.

Hee duduk di bahagian tempat duduk ADUN BN.Kelihatan sama OSMAN dan JAMALUDDIN, ADUN lompat dari Behrang dan Changkat Jering.

9.45 pagi; Kami masuk ke Dewan dan mendapati tempat duduk telah berubah, kami mencabut semua tanda nama dan juga diikuti dengan ADUN BN yang tidak membantah.

Kedudukan kami sekarang sama seperti kedudukan semasa PR memerintah

Wednesday, May 6

Tindakan BN di Perak kelihatan gopoh - Tun Mahathir


PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa seorang Raja tidak mempunyai hak untuk memecat seorang ketua kerajaan.

Jelas beliau, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Perdana Menteri tetapi tidak mempunyai hak untuk memecat Perdana Menteri tersebut sehinggalah adanya undi tidak percaya terhadapnya.

"Yang di-Pertuan Agong boleh melantik tetapi tak boleh pecat kecuali ada undi tak percaya terhadap Perdana Menteri tersebut," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama Siri Syarahan Perdana kesembilan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Ditanya sama ada undang-undang tersebut terpakai di negeri Perak, beliau berkata: "Saya fikir ia sama kepada setiap negeri tapi jika Perak mempunyai perlembagana yang berbeza, saya sedia untuk diperbetulkan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai soalan sama ada pelantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bertentangan dengan undang-undang atau sebaliknya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, beliau tidak pasti mengenai perlembagaan yang diguna pakai di negeri Perak dan menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukannya.

"Isu ini dah dibawa ke mahkamah, jadi biarlah mahkamah buat membuat keputusan mengenainya," katanya.

Mengulas lanjut mengenai krisis perlembagaan yang berlaku di Perak, Dr Mahathir berkata, Barisan Nasional (BN) mungkin terlalu gopoh bertindak untuk mengambil alih kembali pentadbiran di Perak.

"Kita tak patut terlalu gopoh...semuanya perlu dilakukan dengan baik dan lancar. Jika terlalu gopoh, kita akan buat kesilapan

Mahfuz kutuk tindakan polis tangkap Mohd Sabu


KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar mengutuk keras tindakan pihak polis yang menahan Naib Presiden PAS, Mohamad sabu tanpa sebarang waran dikemukakan sebentar tadi sekitar pejabat Harakah.

Sambil menganggap ianya suatu kesalahan, Ahli Parlimen Pokok sena itu tidak menafikan bahawa ianya mempunyai kaitan dengan persidangan Dun Perak yang akan diadakan esok.

"Jika ianya disebabkan oleh kebimbangan terhadap perhimpunan yang dijangka diadakan pada esok hari sempena persidangan Dewan undangan Negeri, ianya sememangnya suatu kesalahan," ujarnya ketika menghubungi Harakahdaily.

Jelasnya, hal tersebut adalah kerana Mohamed Sabu masih belum melakukan kesalahan tersebut kerana perhimpunan tersebut masih belum diadakan.

"Pihak polis dengan ini telah bertindak sebagai komponen BN apabila menahan Mohamed Sabu tanpa sebarang sebab yang dikemukakan.

"Saya berpendapat kemungkinan sebab persidangan Dun Perak yang mungkin dibimbangi oleh Kerajaan Umno-BN atau polis tentang ura-ura perhimpunan rakyat akan diadakan di hadapan Dewan Undangan Negeri," katanya.

Mahfuz menambah, berdasarkan undang-undang seseorang tidak boleh ditahan tanpa melakukan sebarang kesalahan.

Tindakan tersebut ujarnya merupakan perbuatan yang tidak demokratik serta melanggar hak asasi manusia.

Beliau tidak menafikan bahawa kesemua yang berlaku ini adalah berpunca daripada kerakusan Umno-BN merampas kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat.

"Semua ini berlaku akibat tindakan BN merampas kerajaan Perak daripada Pakatan Rakyat sehingga mengheret istana dan polis terlibat dalam percaturan politik ini.

"Sepatutnya mereka bekerjasama untuk mengembalikan hak rakyat bukan menafikannya," ujarnya.

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ditangkap polis jam 3.10 petang tadi di hadapan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat dekat sini.

Sekumpulan anggota polis dipercayai Special Branch, dengan tiga buah kenderaan, menyerbu beliau, sebaik sahaja Naib Presiden PAS itu keluar dari restoran berkenaan

Mohd Sabu ditangkap sebentar tadi


Naib Presiden PAS Mohamad Sabu ditahan polis selepas jam 3 petang ini di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur - dipercayai berhubung majlis solat hajat anjuran parti itu dekat Ipoh awal pagi esok.

Pemimpin kanan itu ditahan sekumpulan kira-kira 10 anggota polis berpakaian biasa sewaktu meninggalkan sebuah restoran menuju ke pejabat Harakah, kata ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Mohamad sebelum itu minum bersama Salahuddin dan seorang lagi ahli PAS di sebuah restoran belakang Hospital Tawakkal di Jalan Pahang - kira-kira 300 meter dari pejabat organ parti itu.

Salahuddin memberitahu Malaysiakini, beliau terdengar jeritan Mohamad "aku kena tangkap" sebelum bergegas menuju ke arahnya yang sedang dikelilingi kumpulan anggota polis tersebut.

Beliau dan ahli PAS itu, yang dikenali Ali Maidin, bergelut seketika dengan anggota-anggota polis untuk menyelamatkan Mohamad tetapi diheret ke tepi oleh pihak berkuasa itu.

Salahuddin menambah, tiada waran tangkap terhadap Mohamad dikeluarkan dan tiada pegawai polis memperkenalkan diri sewaktu penahanan tersebut.

Beliau kini sedang mendapatkan bantuan peguam PAS Hanipa Maidin untuk tindakan lanjut.

Mohamad ditahan selepas jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat, ditahan reman sehari di Mahkamah Magistret Kuala Lumpur bagi siasatan Akta Hasutan - dipercayai berkaitan kempen berpakaian hitam anjuran NGO itu sempena sidang DUN Perak, esok.

Wong ditangkap di rumahnya di Taman Seri Sentosa, Kuala Lumpur beberapa jam selepas memberikan kenyataan di satu sidang media Bersih, pagi semalam.

Sewaktu dihubungi, Salahuddin berkata beliau tidak menolak kemungkinan Mohamad ditahan berhubung program solat hajat di Manjoi bermula jam 5 pagi esok berkaitan persidangan DUN tersebut.

Isnin lalu, Mohamad mengumumkan program khas PAS itu dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur.

Beliau bertindak sebagai pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS yang menganjurkan program tersebut di Masjid Al-Ittihadiyah, Kampung Tengku Husin Baru.

Isteri pemimpin PAS itu, Normah Alwi berkata seorang pegawai polis berpangkat ACP menghubunginya petang ini dan memaklumkan bahawa Mohamad akan dibawa ke Slim River, Perak untuk ditahan reman esok.

"Benda (program solat hajat) belum jadi, kenapa tangkap?" katanya kepada Malaysiakini.

Gani Patail Niat Jahat Terhadap Perbicaraan Nizar-Zambry

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu menyangkal kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara , Tan Sri Abd. Gani Patail yang menyatakan bahawa Datuk Seri Nizar Jamaludin dilucutkan daripada jawatan Menteri Besar Negeri Perak kerana tidak mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Perak .

Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa berkata, Tan Sri Gani harus sedar kedudukan ADUN Barisan Nasional berjumlah 28, seimbang dengan ADUN Pakatan Rakyat.

Katanya tiga orang ADUN yang ‘melompat’ mengisytiharkan diri mereka ‘bebas’ dan tidak mewakili mana-mana parti.

Beliau mempersoalkan, sekiranya Datuk Seri Nizar boleh dilucutkan jawatan kerana tidak mendapat kepercayaan ADUN, bagaimana pula kedudukan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said?

“Menteri Besar Negeri Terengganu, Datuk Ahmad Said, secara jelas tidak mendapat kepercayaan daripada 18 ADUN BN, sehingga menimbulkan ketegangan dan konflik politik di Negeri Terengganu yang memalukan dan melucukan,” katanya

Fariz berkata, ekoran persengketaan politik dalaman, perpecahan UMNO-BN Negeri Terengganu begitu parah sehingga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak terpaksa menurunkan pangkat Datuk Ahmad.

“Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik menjadi Pengerusi UMNO Negeri Terengganu menggantikan Datuk Ahmad, bermakna beliau gagal memimpin dan menyelesaikan polemik yang yang berlarutan dan tiada kesudahan,” ujarnya ketika dihubungi Buletinonline.

Oleh itu, katanya Najib sepatutnya melucutkan jawatan Datuk Ahmad kerana ADUN-ADUN UMNO sudah hilang kepercayaan kepada beliau.

Katanya Najib sepatutnya mengambilkan tindakan yang sama seperti mana tindakan yang beliau lakukan terhadap kerajaan negeri Perak.

Tambah Fariz lagi tindakan ADUN-ADUN UMNO menolak, menentang dan hilang kepercayaan terhadap Datuk Ahmad begitu jelas, terbuka dan tanpa segan silu menolak kepimpinan dan peribadi Datuk Ahmad.

Beliau yang juga Timbalan AMK Pusat, membantah dan kesal dengan campur tangan Peguam Negara yang seolah-olah berniat jahat (mala-fide), berusaha untuk mempengaruhi perbicaraan kes antara Menteri Besar Pakatan Rakyat dengan Menteri Besar Rampasan Kuasa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Kata Fariz, sekiranya hujah Tan Sri Gani diterima mahkamah dan ia menjadi 'precedent case' (kes ikutan), justeru Najib mesti melakukan tindakan yang sama mengikut kes tersebut dan memecat Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.

AMK Negeri Terengganu turut mencadangkan, adalah lebih baik Datuk Ahmad segera melepaskan jawatan Menteri Besar secara sukerala atau mengambil tindakan membubarkan Dewan Undangan Negeri Terengganu kerana beliau sudah tidak mendapat kepercayaan dan sokongan ADUN-ADUN UMNO. - buletinonline

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Tuesday, May 5

Himpunan 'One Black Malaysia', munajat pagi di Perak

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Hrkh) - Satu himpunan yang diberi nama 'One Black Malaysia' serentak dengan satu program solat hajat, doa munajat dan solat subuh akan diadakan di Ipoh, Perak pada 7 Mei, sebelum berlangsungnya sidang Dewan Undangan Negeri.

Orang ramai khususnya penduduk di Perak dan juga para penyokong diseru untuk turut serta di dalam program anjuran PAS Pusat sebagai tanda sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Dato' Seri Nizar Jamaluddin sekaligus menyatakan bantahan terhadap kerakusan Barisan Nasional (BN) yang merampas kuasa tempoh hari.

Program yang telah mendapat persetujuan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan diadakan bermula jam 5.00 pagi di Masjid Al-Ittihadiyah, Kampung Tengku Husin Baru, Manjoi, Ipoh, Perak.

"Kita minta orang ramai untuk datang solat dan berdoa supaya negeri ini berada dalam keadaan aman dan 'menyingkirkan' Barisan Nasional yang telah mengucar-kacir keadaan di Perak ini. Selain itu orang ramai diminta memakai pakaian ataupun baju berwarna hitam sebagai tanda sokongan terhadap himpunan 'One Black Malaysia' ini.

"Himpunan yang dianjurkan PAS hanya akan tertumpu di masjid tersebut dan selepas solat subuh terpulanglah kepada orang ramai sama ada ingin turut serta mengikuti Sidang Dun ataupun sebaliknya memandangkan hari tersebut adalah hari bekerja," demikian ucapan ringkas Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS Pusat mendesak supaya Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan segera untuk mengembalikan hak rakyat menentukan kerajaan yang mereka kehendaki

"Pembubaran itu perlu dilakukan bagi membolehkan rakyat membuat pilihan mereka sendiri dan bersesuaian dengan amalan demokrasi," katanya. - azm/mks. _