Monday, March 30

tolak politik ugut

KAMUNTING, 30 Mac (Hrkh) - Calon PAS untuk kerusi parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menyeru agar pengundi di Bukit Gantang menolak politik lama yang dibawa oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

Politik lama tegas beliau sudah tidak lagi relevan pada masa kini kerana ianya tidak mampu menjanjikan apa-apa perubahan kepada rakyat.
Nizar menjelaskan politik lama yang masih dibawa oleh Umno-BN ialah politik perkauman dan mengugut rakyat.
"Saya menyeru kepada pengundi-pengudi di Bukit Gantang khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya agar menolak politik lama masih menjadi pegangan Umno-BN.
"Politik perkauman dan ugut mengugut tidak lagi relevan pada masa ini dan amat menjijikkan jika ia masih diteruskan," tegas beliau kepada Harakahdaily.
Umno-BN tegas beliau dalam kempen-kempen mereka menjadikan isu perkauman sebagai senjata kempen untuk meraih undi orang Melayu dan mengugut mereka jika mengundi calon PAS seolah-olah nasib orang Melayu akan tergadai kepada kaum Cina.
Beliau juga menegaskan sepanjang 11 bulan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Perak sebelum dirampas secara haram oleh BN, telah terbukti nasib orang Melayu terbela dan nasib kaum lain seperti India dan Cina tidak diabaikan.
"Inilah yang Umno-BN tidak faham dan amat tidak senang bila Pakatan Rakyat memerintah kerana rakyat dapat merasai keadilan dan ketelusan pentadbiran Pakatan rakyat," tegas Nizar.
Nizar seterusnya menegaskan Umno-BN amat tidak senang bila melihat PAS dan DAP serta KeADILan dapat bekerjasama dengan baik dan mampu membentuk kerajaan yang telus dan berintegriti.
Pengundi Bukit Gantang dan rakyat Malaysia tegas Nizar perlu mencontohi amalan politik baru yang semakin berkembang di negara-negara luar.
Nizar akan ditentang oleh Ismail Saffian yang mewakili Umno-BN dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris dalam pilihanraya kecil P059 Parlimen Bukit Gantang.
Pilihan raya kecil Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyadangnya yang juga dari PAS, Roslan Shahrom pada 9 Februari lalu. - mks._ (Harakahdaily)

Demokrasi Yg Subur Tapi layu

Naib Presiden Umno Dato Hishamuddin menyatakan negara ini mempunyai demokrasi yang subur kerana ramai nya calon daripada bebas bertanding didalam piliharaya kecil Bukit Selambau.
Tetapi disamakan dengan negara Tamil Nadhu.Dunia akan melihat dan mentertawakan sistem demokrasi Malaysia kerana dalam satu pilihanraya kecil 15 calon bertanding.
Hakikatnya demokrasi di Malaysia sudah lama mati .
SAYA TELAH MENGIMAMKAN SOLAT MAGHRIB

Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derkaha!Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.http://kamparinn.blogspot.com/